Sejak sempadan Malaysia dibuka pada 1 April lalu, beberapa insiden kurang menyenangkan melibatkan kenderaan bernombor pendaftaran Singapura menjadi bualan netizen di kedua-dua buah negara jiran ini.

Terbaharu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mengambil maklum dan sedang menyiasat insiden sebuah BMW bernombor pendaftaran Singapura bergesel dengan kereta elektrik Honda E milik Tengku Temenggong Johor (TTJ), YAM Tunku Idris.

Kejadian tersebut berlaku di hadapan sebuah kedai roti di Jalan Serampang, Taman Pelangi pada pukul 2.17 petang.

Perkongsian asal Tunku Idris telah meraih pelbagai reaksi orang ramai yang berasa geram dengan pemandu BMW terbabit yang selamba berjalan bersebelahan Honda E milik TTJ seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Asisten Komisioner Raub menyatakan secara ringkas melalui WhatsApp, pihaknya masih menunggu hasil siasatan untuk tindakan selanjutnya, lapor Utusan.

Dalam pada itu, satu perkongsian IG Story yang dimuat naik oleh TTJ ada menyatakan laporan polis telah pun dibuat dan sedang diuruskan. TTJ pun turut move on daripada insiden terbabit.

Sumber Gambar: Instagram @tunku_idris

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Baca lagi beberapa kisah kurang menyenangkan yang dilakukan oleh pemilik kenderaan dari Singapura melalui pautan di bawah.

Pak Cik Shell Kecewa Lihat Pemilik Van EV Singapura ‘Curi’ Elektrik Di Stesen Pengecas Pantas

CCTV Rakam Pemandu BMW Singapura Sengaja Buang Air Kecil Di Tempat Terbuka

Pasangan Singapura Buat Hal Sehingga Dicari Polis Johor, Ini Punca Sebelum Perbuatan Khianat Berlaku

Sumber