Filem ‘Insidious: The Last Key’ ini menjadi pembuka tirai filem seram untuk tahun 2018. Jadi bagi anda peminat filem seram, perlukah anda ke pawagam untuk menonton filem terbaru franchise Insidious ini?

Filem ini bermula dengan flashback kehidupan Elise sekitar tahun 1950an di New Mexico, tempat beliau membesar. Semasa muda inilah Elise tahu beliau boleh berkomunikasi dengan roh. Setelah lama meninggalkan rumah asal beliau, Elise ‘terpanggil’ untuk kembali ke New Mexico untuk menyelesaikan misteri yang menyelubungi rumah lama Elise.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimana kadar keseraman filem ini? Babak seram dalam filem ini biasa-biasa sahaja dan tiada yang terlalu gore sepanjang filem ini. Peminat hardcore filem seram pasti tidak terasa dengan babak seram yang ada dalam filem ini kerana The Last Key lebih memfokuskan kepada cerita berbanding aksi.

Ianya bukan sesuatu yang biasa dilakukan oleh filem Hollywood untuk menjadikan seorang aktor yang berusia 70an (Lin Shaye) sebagai lead actress untuk sesebuah filem tetapi dalam filem ni, kita dapat lihat watak Elise yang lebih besar dalam franchise Insidious ini.

elise

Saya bukanlah seorang peminat franchise ini dan berdasarkan maklumat rakan-rakan, anda perlu tonton siri Insidious dari filem yang pertama, kedua dan ketiga untuk lebih memahami dan excited dengan filem ini. Jika tidak, akan rasa biasa-biasa sahaja tentang filem ini.

Anda juga mungkin akan terasa sedikit keliru dengan ‘hantu’ dalam Insidious ini. Nak kata hantu, macam tidak. Nak kata tidak, macam ya. Jadi itu anda kena cari jawapannya dalam filem ini.

Insidious: The Last Key ini pada pendapat saya lebih untuk peminat setia siri ini. Jika anda bukan follower siri ini, anda akan rasa sedikit lost. Kami beri rating 7/10 untuk filem ini. Insidious: The Last Key kini sudah ditayangkan di pawagam.