Malaysia memang boleh! Let’s make our beloved country a better place! Selamat Hari Merdeka yang ke-59!

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Cepat je masa berlalu, tahun lepas aku pergi panjat bangunan kediaman paling tinggi dalam dunia kat Dubai. Lepas tu pergi buat rekood dunia ‘human flag’ paling tinggi dalam dunia. Memang Malaysia boleh!

Aku rasa masa tu kot dapat spotlight dunia kejap! Sampai Daily Mail pun ada buat coverage. Tapi mungkin Utusan and Kosmo bubuh tajuk atlet Malaysia sekadar membuat bendera manusia tertinggi di dunia. Sekadar. Entah lah.

Yang Amran pergi photoshop gambar aku time aku panjat jambatan Putrajaya, tu lain. Hahahah. Dah la tak kredit. Ok fine!

Baca kisah aku: Siapa Sangka Pemuda Yang Panjat Jambatan Di Putrajaya Ini Rupanya Ahli Jemaah Tabligh

abudi-al-sagoff-1

Mungkin ramai yang nak tau cerita macam mana aku boleh terjebak dengan sukan parkour / freerunning dan minat urban exploration ni sehingga boleh kata menjadi kerjaya jugaklah (sebab tanggapan majoriti orang kita memang hobi=/=kerjaya).

Aku graduan kursus Engineering UIAM. Belajar dari foundation sampai grad degree habis 5 tahun, tapi kenapa tak kerja sebagai engineer?

Sebenarnya bukan tak nak, tapi dah rezeki tak tertulis kat situ. Aku bagi peluang kat diri sendiri, kata lepas grad je nak lakukan apa yang aku minat.

Mula berlatih dulu dah hampir 10 tahun lepas, dan tup tap tup tap, tahun lepas tahun pertama la kira aku buat ‘kerja’ ni full time. Actually run business on the side sekali lah.

abudi-al-sagoff-2

Sebelum-sebelum ni selalu buat bila ada permintaan saja. Ada la dapat jugak pengalaman dalam produksi, buat tv commercial dan launch events. Cari makan untuk bayar yuran belajar dan kos tampung hidup. Ye la student kan. Hahaha.

You don’t have to be great to start, but you have to start to be great.”

Ok lah jugak. Tahun lepas tahun pertama, alhamdulillah. Jaga iman, jaga amal, jangan bukak tudung ok la. Memang istiqomah tu yang paling susah. Jangan kecam aku. Eh aku mana pakai tudung, gila.

Syukur kepada Tuhan dan juga berterima kasih kepada keluarga (mak aku la werlsbesth, mak korang tak bagi punya, hahah) dan member-member yang support gila-gila.

Terutama kawan-kawan original Alpha Movements (Abir, Alep, Zafir) dan Red Bull yang sign aku, percaya pada aku. Aku adalah antara atlit parkour dari Malaysia yang pertama di sign oleh Red Bull.

Dan memang ada 5 orang parkour je Red Bull sign dalam dunia ni. Hangpa pergi la official website aku kalau nak baca bio aku lagi.

ʀᴇᴅʙᴜʟʟ ᴛᴠ ᴛʀᴀɪʟᴇʀ

ʀᴇᴅʙᴜʟʟ ᴛᴠ ᴛʀᴀɪʟᴇʀ. ᴜʀʙᴇx ᴘʀᴇᴍɪᴇʀᴇs ᴀᴜɢᴜsᴛ 1sᴛ! "ᴡᴇ ᴄᴀɴ'ᴛ ᴅᴏ ᴛʜɪs, ᴡᴇ'ʀᴇ ɴᴏᴛ sᴜᴘᴘᴏsᴇᴅ ᴛᴏ ᴅᴏ ᴛʜɪs."Mohon kongsi video ini…

Abudi Alsagoff paylaştı: 8 Temmuz 2016 Cuma

 

Harapan aku adalah satu hari nanti sukan ini dapat berkembang dengan pesat dekat Malaysia, ada banyak tempat berlatih yang selamat untuk anak-anak muda kita.

Lepas tu baru la kot Malaysia dapat tempat tersohor dalam pertandingan dunia? Ke nak tunggu ada Olimpik baru nak push? Hhahah ok gurau.

So malas nak cerita panjang-panjang time hari cuti ni. Korang semua mesti tengah seronok dengan keluarga dan rakan-rakan.Pagi ni hujan pulak tu. Fuhhhh.

Moga negara kita semakin aman DAMAI, dan juga makin maju jaya dalam semua aspek hidup, agama dan keharmonian masyarakat. Happy Independence Day Malaysia!

Baca lagi kisah aku: Cerita Belakang Tabir 3 Pemuda Malaysia Panjat Bangunan 101 Tingkat Di Dubai

Artikel di atas disumbangkan oleh Abudi Al Sagof. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group