Disebalik penderitaan yang dilalui oleh rakyat Palestine akibat serangan dan penjajahan yang dilakukan oleh rejim zionis, banyak inspirasi dan pengajaran yang boleh kita kutip dari mereka. Antaranya :

1. Solat berjemaah

Tentera Briged Al-Qassam

Sujud mereka hanya pada Allah. Tentera bridge Al Qasam terdiri dari para tahfiz Al Quran dan sentiasa solat berjemaah tak kira di mana, termasuk sewaktu dalam laut.

Begitu juga dengan rakyat Gaza

Walaupun tiang masjid kami runtuh dibom Zionis, tiang agama tetap akan kami dirikan.

Benarlah solat berjemaah itu mendidik hati ummah untuk kekal bersatu. Bak kata Altel – bersatu kita gempak, bercerai kita kokak!

Jom abang-abang kita penuhkan masjid, berjemaah solat subuh.

2. Sekolah dan Belajar

Kanak-kanak Palestine tidak dapat ke sekolah dan belajar seperti kanak-kanak di negara lain. Tapi itu tidak menyekat mereka untuk menuntut ilmu.

Silibus utama pelajaran mereka adalah hafazan al quran dan hadis. Lihatlah kecekalan mereka.

Anak-anak inilah yang akan mewarisi perjuangan Salahuddin al-Ayubbi dalam membebaskan al-Aqsa dari cengkaman Zionis.

Jom kita hidupkan amalan membaca al quran dalam kehidupan seharian kita. Besar ganjaran pahalanya.

3. Cekal meneruskan hidup dan mengamalkan makanan sunnah

Lihatlah senyuman kanak-kanak Gaza ini. Bagaikan tiada masalah langsung.

Jiwa kanak-kanak Palestine ini kuat, mereka dah terbiasa hidup susah. Meski hidup serba kekurangan dan sumber makanan yang terhad, mereka mengamalkan makanan sunnah seperti minyak / buah zaitun, minum susu kambing, makan kurma, habbatus sauda dan buah tin.

Jom kita amalkan makanan sunnah. Sudah tiba masanya kita lupakan fast food!

4. Sokongan yang berterusan

Eh! Ini bukan dari Gaza!

Azizulhasni Awang atlet lumba basikal Malaysia telah memakai sarung tangan yang bertulis “support Gaza” sewaktu menyertai Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, UK dan tindakan beliau ini telah menimbulkan kontroversi dan bakal berdepan tindakan disiplin.

Apa-apa pun, beliau telah berjaya menyuarakan suara hati rakyat Malaysia. Syabas Azizulhasni.

Ayuh! Bersatulah wahai ummah!

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group