Assalamualaikum wbt,

Seperti yang telah diberitahu sebelum ini, aku menamatkan zaman bujangku setelah bertemu dengan seorang gadis di UK. Gadis yang aku gelar ninja ini, seorang niqabis yang disenangi di Plymouth.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Gayanya yang lincah dan tak reti duduk diam sesuai dengan pencapaiannya sebagai wakil peringkat kebangsaan Taek won Do, penerima anugerah emas akademik, olahragawati, tokoh kokurikulum dan pelbagai lagi pencapaian akademik sejak dari bangku sekolah.

azlan-saba-2

Aku tanya kenapa boleh sesat ke UK?

Kursus Maritime Law and Business jawapannya. Dia bekerja mengumpul duit untuk membiayai pengajiannya di UK.

Minatnya begitu mendalam dalam bidang perkapalan namun katanya, dia bukan bercita-cita ingin menjadi kapten kapal tetapi mahu memiliki kapal lautnya sendiri.

Ini didorong oleh arwah ibunya ketika mereka di New Zealand. Memori mereka ke laut, ibunya sering bercerita tentang kapal-kapal yang berlayar ketika mereka memancing bersama.

Kemesraan mereka yang kuat sehinggakan dia pernah travel seorang diri dari Kuala lumpur ke New Zealand untuk bertemu ibunya ketika dia berumur 9 tahun sebelum ibunya meninggal dunia ketika dia berusia 10 tahun.

azlan-saba-6

Dia tanya aku, kenapa aku ada di UK?

Sebagai seorang yang tidak handsome, bukan anak orang kaya dan sering mendapat tempat terakhir dalam kelas aku sedar aku perlu ubah masa depan aku.

Sejak berumur 15 tahun aku sudah bekerja sambilan di kedai makan, bekerja di kilang dan menjaja di tepi jalan. Pasar malam, downtown, bazar ramadhan menjual air, goreng – goreng, t-shirt, kasut termasuklah produk kecantikan.

Aku sudah lali. Bahkan pernah aku ke Thailand cuba menyeludup herba kecantikan untuk dijual di Malaysia. Tapi menjual t-shirt di sekolah dan pasar malam merupakan pengalaman yang mendorong aku ke UK.

Dengan kemahiranku melukis dan seni komputer aku bekerja membuat design t-shirt dan video pengiklanan. Akhirnya bakatku, aku kembangkan di Universiti Kuala Lumpur dalam bidang animasi.

Berjaya dapat keputusan cemerlang, aku dihantar untuk internship ke Indonesia selama 4 bulan dan mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke UK.

Di UK aku dilantik menjadi Regional Chairman untuk perwakilan pelajar Malaysia UKEC bahagian selatan barat dan Plymouth adalah kawasan di bawah kelolaanku.

Disitulah aku kenal Saba, kerana Saba mewakili Plymouth. Kami berjumpa ketika mesyuarat pertama bersama wakil pelajar lain secara maya setelah dikenalkan oleh Azureen, wakil pelajar Malaysia di Plymouth sebelum Saba.

azlan-saba-11

Ketika itu Azureen sedang sibuk menguruskan perkahwinannya yang akan berlangsung sebulan lagi. Siapa sangka kami yang si dia kenalkan pula ‘terkahwin’ terlebih dahulu.

Majlis kami simple. Kos tak sampai RM2000 tapi serba ada. Nasi minyak, kek kahwin, pelamin comel di ruang tamu, siap ada photoshoot bertema musim luruh lagi.

Semua atas kerjasama rakan-rakan di Plymouth yang menjadi bidan terjun mengagih tugas secara sukarela.

Sepanjang di UK, kami juga tidak duduk diam. Saba bekerja di kedai gula-gula. Aku mengambil upah kerja freelance buat design dan mengedar risalah. Bukan itu sahaja, kami juga menjual nasi lemak dan nasi goreng £1 di London,

Alhamdulillah sambutan hebat boleh lah jual dalam roughly 80 bungkus sehari.

azlan-saba-3

Penat lelah kami reward diri sendiri dengan backpacking. Kos travel dalam Europe murah. Kadang-kadang boleh dapat flight bawah RM50 sehala. Kalau naik bas lagilah murah.

Kami pernah berjalan kaki dari Geneva, Swizz ke Monnetier Mornex di France sebab nak main ski punya pasal.

Tak perlu kaya raya untuk keluar dari kepompong fahaman hidup masing-masing. Yang penting niat dan usaha harus seiring. Ganjarannya akan datang sendiri.

Jujur aku katakan dalam hidup, kami juga tidak pernah merancang akan berkahwin di usia semuda ini. Siapa sangka Allah temukan jodoh aku di luar negara.

azlan-saba-7

azlan-saba-8

azlan-saba-5

Dan kini kami dikurniakan sepasang cahaya mata, si kembar Adam Qowiy dan Adwin Qowiy. Alhamdulillah kedua-duanya sihat dan makin tembam.

Sekurang-kurangnya dengan ijazah ku dari UK, aku kini sudah berkerjaya dan berjaya membuka kedai printing ku sendiri, berkonsepkan ‘Kami Print Semua’.

Selain itu secara sambilan aku juga mengambil tempahan kaligrafi menjawikan nama-nama orang tersayang dalam bentuk tulisan khat.

Andai aku masih redha dengan nasibku 10 tahun dulu aku mungkin masih lagi menjadi designer biasa di kedai-kedai printing seperti yang aku punya sekarang. Aku teringat seorang ustaz pernah berpesan,

Seorang jaguh karate yang boleh mematahkan sekeping papan dengan hentakan tangannya belum tentu boleh mematahkan papan yang sama dengan tenaga dan postur yang sama bila papan itu dialihkan kedudukannya dari melintang ke menegak.

Begitu juga kita, walau bagai mana pun situasi hidup kita sekarang mungkin saja bila kita mengalihkan perspektif kita dalam menerima sesuatu keadaan dari terpukul dengan nasib yang biasa-biasa boleh berubah jadi nasib yang luar biasa baik hanya dengan sedikit usaha insyaAllah. Hukum usaha pasti jadi.

azlan-saba-9

azlan-saba-1

Harapan saya jika terlihat gambar ini lagi, buanglah persepsi dia kaya boleh lah, ada duit boleh lah, kerana hakikat sebenar adalah sebaliknya aku kerja keras kerana aku sedar aku bukan anak orang kaya.

Kalian boleh baca kisah perkahwinan kami di UK yang pernah viral satu ketika dulu di sini.

Aku juga pernah berkongsi video travel honeymoon kami berdua di sini.