“That’s 1 minute. See you tomorrow” adalah tagline yang menjadi tarikan lebih sejuta (kini menghampiri 2 juta sebenarnya) pengikut yang menonton video yang dikongsikan oleh pemuda ini di Facebook Page Nas Daily.

Tertarik dengan perkongsian Nas yang ringkas, padat dan hanya mengambil masa 1 minit setiap hari, saya cuba menyelongkar siapakah sebenarnya pemuda ini. Dan berikut apa yang telah ditemui daripada beberapa carian di internet:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Nama sebenar beliau adalah Nuseir Yassin, pemuda Arab memiliki passport Israel, beragama Islam dan berasal dari Arraba, Galilee, sebuah pekan di mana majoriti penduduknya berbangsa Arab.

2. Merupakan anak ke 2 daripada 4 beradik dari kelas pertengahan, bapa Nas seorang ahli psikologi manakala ibu beliau seorang guru.

Mahu dikenali sebagai Nas, nama panggilan yang tidak melambangkan sama ada Israel mahupun Arab, bercakap kepada Times Of Isreal, Nas memberitahu – “I like to be a free soul”, beliau mahu memiliki jiwa yang bebas.

nas-daily-3

nas-daily-1

nas-daily-6

3. Pada usia 19 tahun Nas diterima belajar di Universiti Harvard, USA dalam bidang sains komputer dan ekonomi. Apa yang menarik adalah bagaimana Nas menulis karangan sewaktu memohon ke universiti ini, iaitu tentang kekecewaannya yang bercita-cita besar tetapi memiliki peluang yang terbatas disebabkan beliau seorang Arab yang dilahirkan di Israel.

Kerana karangan ini beserta keputusan akademik yang cemerlang, beliau diterima ke Harvard di bawah tajaan biasiswa untuk pelajar asing.

4. Pernah bekerja sebagai jurutera perisian di Venmo New York sebuah syarikat hi-tech terkenal dan menerima pendapatan USD120,000 setahun, Nas merasakan 32% dari hidupnya telah berlalu dan masih banyak yang ingin dilakukan.

5. Setelah meninggalkan pekerjaan beliau sejak lebih setahun lepas, sehingga kini Nas telah mengembara ke lebih daripada 54 buah negara. Nas juga berkongsi video selama 1 minit setiap hari tanpa gagal termasuk sewaktu berada di hutan Amazon.

nas-daily-5

nas-daily-2
Nas sewaktu di depan rumah keluarga beliau di Arraba, menunggu tetamu datang sewaktu pertemuan pertama antara komuniti Arab dan Yahudi.

6. Video Nas pada awalnya berkisar tentang pengembaraan dan mereka yang ditemui di jalanan. Bercakap kepada Times of Israel, menurut Nas tidak ramai yang menonton 150 video pertama yang telah dimuat naik ke Facebook.

7. Sehinggalah Nas memuat naik video ke 270, berkongsi  tentang ‘cheap treat in Thailand’  telah menjadi viral dan mendapat 25 juta views, diikuti peningkatan followers beliau kepada 250,000 orang.

8. Video pada hari ke 298, ‘how cheap the Philipines is’ yang dirakam sewaktu Nas berkunjung ke Filipina  telah menjadikan beliau selebriti di Facebook.

9. Nas yang bermaksud insan dalam bahasa Arab berkata beliau mahu melakukan sesuatu yang bermakna dalam hidup. Video Nas juga kini telah berkembang kepada sesuatu yang lebih rare, dan adakala info yang lain daripada apa yang disampaikan oleh media mainstream.

10. Pada video ke 326 (4 Mach 2017), setelah kembali ke rumah keluarga beliau di Arraba, Nas telah menjemput pengikut dan rakan Facebook berbangsa Arab dan Yahudi di Israel untuk ke rumahnya, sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Diikuti pertemuan ke 2 di lokasi lain pula beberapa hari selepas itu.

 

11. Pada hari ke 476 iaitu 29 Julai 2017, sewaktu kembali ke rumah beliau telah Nas mengatur pertemuan ke 3 di lokasi yang lebih besar di Israel. Di dalam video di atas yang dimuat naik oleh Nas, mesej yang disampaikan sangat ringkas tapi mendalam – harapan dan keamanan.

12. Sewaktu memuat naik video ke 466, Nas berkongsi tentang apakah yang telah dipelajari setelah keluar mengembara. Antara yang diutarakan oleh pemuda ini, bagi beliau dunia akan lebih sempurna dan aman apabila isu Israel Palestine berjaya diselesaikan serta pelarian Syria tidak lagi perlu melarikan diri dari negara mereka.

13. Bagi saya pemuda ini bijak membawa sisi positif meski pun ia datang dari sudut negatif. Pada video ke 492, 493, 494 dan 496 setelah kembali ke Filipina, Nas telah ke Marawi dan merakam sendiri penderitaan penduduk Muslim di pulau ini yang menjadi mangsa keganasan Isis. Di waktu yang sama Nas menyampaikan mesej bahawa Isis adalah satu ideologi dan tidak mewakili umat Islam seperti mana yang disampaikan di dalam video berikut.

 

14. Pemuda yang sering memakai t-shirt lambang bateri dicaj 33% life ini Nas juga telah menubuhkan Nas Daily Inc dan memilih Filipina sebagai home base untuk start up beliau.

15. Sehingga kini kesemua video pengembaraan Nas Daily dimuat naik ke Facebook sahaja dan tidak ke Youtube. Antara alasan Nas kerana rakan-rakan beliau semuanya berada di Facebook dan di waktu yang sama beliau perlu memilih satu platform sahaja terutama di waktu data internet sangat terhad.

16. Selain vlogging di Facebook untuk Nas Daily, Nas juga melakukan kerja-kerja freelance sebagai iOS developer dan menyumbang video di AJ+.

17. Hari ini merupakan hari ke 500 Nas berkongsi video 1 minit di Facebook tanpa henti. Namun perkongsian video beliau hari ini melebihi 1 minit. Menurut Nas seiring dengan perubahan yang berlaku di sekeliling, beliau perlu berubah.

18. Beliau masih akan meneruskan video 1 minit di Facebook dan di waktu yang sama akan bereksperimen dengan konten video yang lebih panjang. Nas juga bakal melancarkan Nas Daily Apps pada 26 Ogos nanti di Manila.

Anda boleh ikuti perkembangan serta video inspirasi yang dikongsikan setiap hari oleh Nas di Facebook Page Nas Daily.

To Nas, all the best. Either you realize or not you have inspired many including us in Malaysia. Hope we have a chance to meet up with you one day, insya Allah. Salam from Vocket, Malaysia.