Jika anda sering menggunakan platform media sosial Instagram, pastinya anda pernah berjumpa dengan beberapa akaun yang pada selalunya menjual produk like dan komen secara rawak pada gambar anda. Anda boleh lihat perkara ini dengan lebih jelas pada akaun Instagram artis selalunya.

Dikhabarkan penggunaan bot atau ‘robot’ yang mampu menjalankan kerja ini dikuasakan oleh Instagress. Bot ini akan mencari beberapa akaun yang berkaitan untuk melakukan kerja like dan komen seperti yang diatur oleh pemilik akaun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dikatakan cara ini juga telah menjadi ‘rahsia’ buat beberapa akaun perniagaan terkemuka Malaysia untuk meningkatkan follower dan juga pembeli produk mereka.

Melalui update terbaru Instagram, aplikasi ini telah mengesahkan mereka tidak lagi membenarkan Instagress untuk beroperasi setelah bot ini dilihat sebagai spam buat para pengguna. Apatah lagi mengganggu platform iklan Instagram sedia ada.

Dengan ketiadaan aplikasi ini, kemungkinan tiada lagi bot yang sering komen ‘Semoga berjaya’ dan sebagainya di laman Instagram pengguna sekaligus menapis fake follower di Instagram. Kami tidak pasti sama ada bot Instagram yang lain turut terpalit dengan isu ini atau tidak setakat ini.

Sumber