Apabila kita ternampak lampu berkelip berwarna biru pada cermin pandang belakang atau sisi kenderaan menuju berdekatan, secara automatik kita akan ketepikan laluan untuk memberikan laluan kepada kenderaan tersebut.

Namun, lampu strob tersebut bukanlah boleh digunakan sesuka hati oleh orang awam. Ia perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum boleh digunakan pada kenderaan peribadi bagi pihak-pihak tertentu sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman sedang mengesan pemilik sebuah kenderaan mewah yang menggunakan lampu strob tanpa kebenaran bagi mengharungi kesesakan trafik.

Video yang berdurasi sekitar 25 saat itu menunjukkan sebuah kereta SUV Mercedes-Benz GLA yang menyalakan lampu strob cuba menghimpit kenderaan-kenderaan lain bagi memberikan laluan kepada mereka semasa kesesakan lalu lintas.

Video yang tular itu telah menyebabkan orang ramai mempertikaikan bagaimana beliau boleh menggunakan lampu strob tersebut sesuka hati bagi kepentingan diri sendiri.

https://twitter.com/t0k_anjang/status/1405079473020555264?s=20

Namun, instafamous merangkap pembantu peribadi seorang artis tempatan itu telah setkan privasi video yang tular itu  menjadi ‘private’ setelah menerima kecaman yang teruk dari orang ramai.

Memetik laporan Harian Metro, Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, pihaknya menerusi JSPT peringkat kontinjen dan daerah sedang mengesan kenderaan jenis Mercedes-Benz yang tular di media sosial semalam.

“Penggunaan lampu strob adalah menjadi satu kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pemilik kenderaan itu sedang dikesan bagi diambil tindakan susulan dan siasatan lanjut,” terang Datuk Azisman Alias.

Sementara itu, seorang suami pukul isteri sehingga koma meminta rayuan ikat jamin dikurangkan kerana perlu menanggung tiga lagi orang isteri.

Pukul Isteri Hingga Koma, Suami Rayu Ikat Jamin Dikurangkan Kerana Perlu Tanggung 3 Isteri

‘Lesap’ Selepas Terima Bayaran, Lelaki Ini Dedah Penipuan Peniaga Lotus Biscoff