Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Beberapa hari yang lalu, tular gambar di sebuah majlis berbuka puasa (yang berlangsung Khamis lalu) di mana majlis berkenaan turut dihadiri beberapa artis ternama antaranya Caprice, Ashraf Muslim, Heliza Helmi, Iman Troye, Mawar Rashid dan PU Hafiz.

Berdasarkan laporan portal Free Malaysia Today, polis telah membuka kertas siasatan dan memanggil beberapa artis yang menghadiri majlis berkenaan untuk mendapatkan keterangan.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah berkata, tiga individu membabitkan penganjur dan seorang daripada pihak pengurusan hotel sudah dipanggil memberi keterangan. Penelitian ke atas gambar-gambar yang tular itu mendapati wujudnya pelanggaran SOP penganjuran majlis sosial PKPB, iaitu tiada penjarakan fizikal.

Selepas berita itu tular, Caprice tampil memberi kenyataan di Instagram miliknya berkenaan majlis yang dianjurkan. Menurutnya, beliau sangat kecewa dengan sikap seorang influencer yang hadir ke majlis tersebut.

“Demi product and marketing, sanggup aniaya artis lain dan anak yatim? Please confess to the police that you came to @rinduraudahofficial private buka puasa, bawak cameraman you, dan pandai-pandai tarik artis dan anak yatim di LUAR event hall untuk bergambar dengan your product. Pandai-pandai buat kerja, pandai-pandailah tanggung,” tulis Caprice.

Sejak tularnya gambar di majlis tersebut, Caprice berkata beliau menerima banyak panggilan telefon daripada wartawan untuk mendapatkan penjelasan beliau berkenaan majlis itu. Baginya ia tidak adil apabila orang lain yang ‘buat hal’, beliau pula yang kena menjawab pada pihak polis dan wartawan.

Bagaimanapun, Instafamous yang dimaksudkan, Nurin Afiqah di Insta Story miliknya menulis “I’ll be back. There’s always two sides of the story.” Kita tunggu kenyataan rasmi daripada pihak Nurin pula.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza tampil memberi penjelasan dakwaan menjemput individu ternama untuk majlis tahnik anaknya. Baca lagi pada pautan di bawah.

Ini Pencerahan Siti Nurhaliza Selepas Wujud Dakwaan Individu Ternama Rentas Negeri Untuk Majlis Tahnik

Influencer Kembali Jadi Buah Mulut Netizen, Kali Ini Kerana Konten ‘Alasan Rentas Negeri’

Nafi Dakwaan Drama Nur Kurang Berkualiti, Shahrul Ezad Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Anda Mungkin Suka