Tidak semua Instafamous itu ‘kaya’ disebabkan hasil usaha mereka sendiri. Semalam, seorang Instafamous telah ditangkap oleh pihak berkuasa dan dipercayai hidup mewah hasil daripada kes menyamun dan merompak orang lain.
Seorang pengguna Twitter, iamajayrahman memuat naik satu perkongsian berkenaan kes tersebut. Berita mengenai penangkapan itu juga turut dikongsikan oleh laman page INFO Kemalangan 1 Malaysia di Facebook. Status yang dikongsikan tersebut merupakan sebuah laporan yang dibuat oleh pegawai polis yang bertugas ketika serbuan dilakukan.
Akhirnya anak beranak dah kena tangkap, instafemes pujaan ramai ni hidup mewah dengan hasil samun. DP kat ig pun pakai gambar kereta curi 😪 pic.twitter.com/fliY2gQ3Q8
— 𝒜𝒷𝑒 𝒥 (@iamajayrahman) November 6, 2019

Wanita tersebut merupakan antara tiga individu yang ditahan oleh pihak polis di dalam sebuah operasi serbuan yang dikenali sebagai OPS GM AYANG, semalam. Wanita tersebut ditahan bersama dua lagi suspek dipercayai bapanya dan seorang lagi kenalan mereka.
Hasil serbuan mendapati pelbagai barangan hasil rompakan seperti kereta mewah, telefon bimbit, wang palsu, jam tangan, kad penguatkuasa (polis, imigresin, SPRM) dan beberapa jenis dadah turut ditemui. Kesemua jumlah barang rampasan adalah sebanyak 71 unit.

Rata-rata netizen di media sosial mengecam wanita tersebut dan dua lagi suspek yang menyamar sebagai penguatkuasa untuk menjalankan ‘kerja’ mereka. Penangkapan ini turut menjadi jawapan kepada persoalan pengikut wanita berkenaan tentang bagaimana beliau menjana kekayaan yang kerap ditayang di laman Instagram.
tk pames kot sbb kita pun tk knl sape dia. rmai lagi kot yg tk knl. ingtkn 4m followers huhu
— 𝒽ℯ𝓁𝓎 💌 (@sthljhrizal) November 7, 2019
Instakfemes kot tak dikenali lah kokbisa
— waha (@meownaabela) November 6, 2019
Kes ini bakal disiasat lanjut oleh pihak polis. Segala butiran mengenai penangkapan tersebut boleh dibaca di sini.
Netizen dikatakan suka menjadikan Instafamous bodoh sebagai role model. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.
Netizen Lebih Suka Jadikan Instafamous Bodoh Sebagai Role Model
Instagram Ini Dedahkan Instafamous Dan Selebriti Yang Menggayakan Barang ‘Fake’
‘Instafamous’ Tidak Terlepas Daripada Dikenakan Cukai Pendapatan
- SUMBER
- INFO Kemalangan 1 Malaysia