Tidak dinafikan dengan kewujudan internet sedikit sebanyak membantu mereka yang memiliki perniagaan untuk memperomosikan produk mereka melalui platform media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan banyak lagi. Malah, melalui platform ini juga lahirnya selebriti internet yang lebih dikenali sebagai Instafamous yang memperoleh pendapatan melalui ulasan berbayar, duta produk dan sebagainya.

Kini, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), bagi individu yang menjana pendapatan menerusi perniagaan di internet, ia dikategorikan sebagai profesion dan akan dikenakan cukai pendapatan jika pendapatan melebihi RM5,000 sebulan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Economics, Event
Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Sabin Samitah. Sumber: The Malaysian Reserve

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Seri Sabin Samitah berkata, individu terbabit digalakkan datang ke pejabat LHDN untuk mendapatkan nasihat mengenai pengisytiharan pendapatan dan pengiraan cukai.

Menurutnya, lembaga itu akan dapat mengesan individu yang gagal mengisytiharkan pendapatan mereka apabila syarikat yang membayar untuk perkhidmatan Instafamous terbabit mengisytiharkan cukai syarikat masing-masing dan berkongsi maklumat mengenai duta atau vendor yang mereka upah.

Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, kanak-kanak bawah umur yang mendapat pendapatan dalam jumlah yang dikenakan pendapatan, juga tertakluk kepada bayaran cukai. Berikutan kes sedemikian, ibu bapa atau penjaga masing-masing perlu mengisytiharkan pendapatan yang diperoleh oleh anak-anak di bawah umur, bagi pihak mereka.

Sumber