Sekiranya sebelum ini anda seringkali melihat komen para artis atau mungkin Instagram anda sendiri dibanjiri dengan likes oleh orang tidak dikenali serta komen berbaur scam seperti memohon duit lama, perkara ini mungkin tidak lagi berulang selepas ini.

Melalui pengumuman terbaru Instagram, platform ini bakal mengesan serta membuang pengguna yang membeli atau mempunyai pengikut palsu. Perkara ini sekaligus bakal melihat kepada penurunan yang mendadak buat mereka yang mendapatkan jumlah pengikut palsu yang banyak.

Screen Shot 2018-11-20 at 1.55.12 PM

Berdasarkan ura-ura, terdapat pemimpin negara serta selebriti Malaysia yang turut mendapatkan perkhidmatan likes dan pengikut palsu untuk melihatkan akaun Instagram ini tampak lebih gah.

Diharap implementasi terbaru Instagram ini bakal mengurangkan komen berbaur spam yang mempromosikan ubat tinggi, meminta duit lama dan lain-lain lagi.

Sumber