Platform Instagram dikesan menghadapi masalah tidak boleh diakses sejak beberapa hari lepas. Sejumlah pengguna sudah mengutarakan isu tersebut kepada pihak Instagram agar boleh diatasi secepat mungkin.

Bagaimanapun, perkara ini telah berlarutan sehingga ke hari ini dan lebih teruk lagi ada sebahagian akaun pengguna telah disekat secara tiba-tiba tanpa sebarang alasan yang kukuh. Dalam menenangkan keadaan, pihak Instagram telah memberitahu bahawa mereka sedang meneliti dan memohon maaf atas kesulitan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Malah, sebahagian pengguna memaklumkan bahawa akaun mereka bukan sahaja telah disekat bahkan tidak boleh melog masuk semula kerana dikatakan maklumat  akaun tidak wujud. Jadi, akaun asal mereka telah hilang dan digantikan dengan akaun yang baharu.

Sebagai rekod, masalah yang berlaku telah menyaksikan akaun rasmi Instagram kehilangan 1.49 juta follower manakala Cristiano Ronaldo selaku individu paling berpengaruh di Instagram kehilangan 3 juta follower.

Pada ketika ini, platform Instagram telah sedang dibaik pulih dalam mencari penyelesaian meskipun telah memberi kemas kini terbaharu. Rata-rata pengguna sangat bimbang dengan keselamatan akaun peribadi mereka yang mungkin berpotensi untuk dipadam secara tiba-tiba.