Dalam usaha untuk menjadi lebih baik daripada Snapchat, Instagram baru-baru ini dikatakan bakal mengeluarkan sebuah lagi fungsi terbaru iaitu potrait mode. Fungsi yang tersedia pada beberapa smartphone baru ini nampaknya bakal dibawakan buat semua pengguna melalui aplikasi ini.

Berdasarkan penawaran fungsi portrait mode, para pengguna berpeluang mendapatkan imej potret beserta efek bokeh. Fungsi ini dikatakan bakal diperkenalkan tidak lama buat para pengguna serta turut ditawarkan melalui Instagram Stories.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

instagram-portrait-mode

Selain itu, Instagram bakal memperkenalkan sebuah lagi fungsi dimana para pengguna berpeluang membuat panggilan melalui Instagram Direct.

Pada kami fungsi yang disertakan pada Instagram sudah menjadi terlalu banyak serta lari tujuan asalnya. Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda seorang yang sukakan simplicity di dalam sebuah aplikasi atau sebaliknya?