Sebut mengenai aplikasi Instagram kami yakin ramai yang sudah mempunyai akaun pada platform media sosial ini tidak kira lapisan umur. Terbaharu, Instagram yang sebelum ini popular dengan menjaga mental illness pengguna dengan pembuangan jumlah likes hadir dengan sebuah ciri yang penting buat orang ramai.

Melalui pengumuman terbaharu Instagram, platform ini sedia menggunakan artificial intelligence (AI) dalam menyekat kata-kata kesat pada caption yang ditulis pengguna. Melalui penggunaan AI, orang ramai akan dinasihatkan untuk mengubah caption kepada caption yang lebih mesra untuk tontonan ramai.

3_screen
Sumber: Instagram

Setakat ini, fungsi ini cuma ditawarkan pada bahagian caption terlebih dahulu sebelum ditawarkan buat ruangan komen di Instagram. Walau bagaimanapun, ia merupakan sebuah inisiatif yang baik daripada Instagram dalam menawarkan platform yang lebih sihat buat orang ramai.

Kemas kini terbaru ini kini cuma ditawarkan di beberapa negara dan bakal ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Sebelum ini, Instagram sejak akhir-akhir ini telah mula implemen fungsi terbaru dimana anda tidak lagi berpeluang jumlah likes yang diterima pengikut lain serta aktiviti yang dijalankan oleh akaun anda ikuti. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Instagram Bakal Mula Hilangkan Jumlah ‘Likes’ Dalam Aplikasi

Pendapatan Instagram Cristiano Ronaldo Dilaporkan Lebih Tinggi Berbanding Di Juventus

Instagram Tidak Lagi Membenarkan Anda ‘Stalk’ Aktiviti Akaun Rakan Anda