Hari demi hari ada sahaja ciri terbaharu yang diperkenalkan oleh Instagram bagi menarik minat pengguna untuk kekal setia di media sosial tersebut.

Ciri terbaharu yang bakal diperkenalkan ialah penambahan lagu pada Insta Stories. Dengan adanya ciri tambahan ini pengguna dibenarkan untuk menambah lagu kegemaran atau lagu yang bersesuaian pada Insta Stories yang dimuat naik. Pengguna dikehendaki untuk memilih sticker muzik untuk mengaktifkan ciri ini.

insta.0

Walaubagaimanapun ciri ini hanya digunakan oleh beberapa negara yang terpilih sahaja. Pengenalan ciri baharu ini akan diteruskan ke negara-negara lain secara berperingkat disebabkan oleh hak cipta lagu-lagu berkenaan.

Bukan itu sahaja, ciri ini juga membenarkan pengguna untuk memilih lagu terlebih dahulu sebelum memulakan rakaman stories yang menjadikan ciri ini hampir sama seperti aplikasi rakaman lagu yang lain seperti Musical.ly.