Jika anda mengikuti akaun Instagram Instafamous atau selebriti tempatan mahupun antarabangsa, pasti anda akan melihat mereka sibuk mempromosikan pelbagai jenis produk seperti produk kecantikan timbang kilo, produk menurunkan berat badan atau produk kosmetik yang bermacam-macam jenis.

Walaupun tidak mengetahui sama ada produk tersebut sudah mendapat kelulusan daripada pihak berwajib atau belum, tetapi masih ada yang membelinya dan boleh dikatakan mendapat permintaan tinggi kerana dipromosikan oleh orang-orang terkenal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
packaging produk timbang kilo
Sumber: akudanvita

Namun, masalah mula timbul apabila pengiklanan seperti ini boleh diakses oleh pengguna bawah umur yang kebanyakannya menggunakan media sosial dan mereka mudah terpedaya dengan iklan tersebut yang belum tentu menjanjikan keberkesannya.

Ekoran desakan daripada persatuan pengguna yang merasakan iklan seperti ini tidak seharusnya diakses oleh mereka yang masih bawah umur, maka Instagram telah memperkenalkan polisi baru iaitu mereka akan membuang atau menyekat promosi produk yang berkaitan dengan penurunan berat badan ataupun penjualan kosmetik tidak sah. Bukan itu sahaja, kod diskaun atau tawaran mengenai produk kuruskan badan tidak akan dikeluarkan di platform tersebut.

Selain itu, Instagram juga bakal memperkenalkan fungsi baharu tidak lama lagi, dimana pengguna media sosial boleh membuat laporan apabila terlihat iklan produk yang melanggar polisi baru Instagram. Polisi terbaru ini merupakan satu cara terbaik supaya pengguna media sosial dapat menggunakan medium ini dengan positif dan selamat.

Tahukah anda selebriti terkenal Kim Kardashian pernah menang saman terhadap penjual online? Klik untuk mengetahui lebih lanjut. 

Kim Kardashian Menang Tuntutan Saman Terhadap Penjual Online Di Instagram

Instagram Bakal Menyekat Informasi Palsu Berkaitan Anti-Vaksin

Indonesia Sekat Facebook, Instagram Dan WhatsApp Bagi Menghalang Perkongsian Berita Palsu

Sumber