Semenjak awal bulan Ogos, pihak Instagram mula menerima beratus laporan mengenai masalah untuk log masuk akaun pengguna dalam masa sehari. Masalah ini disyaki sebagai aktiviti godam apabila pengguna mendapati akaun telah dilog keluar dengan sendirinya.

Menurut laporan, setakat ini godaman tidak dapat dibendung walaupun menggunakan two-factor authentication yang diperkenal oleh Instagram untuk faktor keselamatan pengguna. Pengguna yang telah digodam akaunnya mendapati bahawa akaun tersebut telah ditukar nama, gambar profil dan maklumat peribadi pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut perkongsian salah seorang mangsa godam, email akaun telah ditukarkan kepada email dengann domain .ru apabila beliau memohon untuk menukar kata laluan.

chris

Terkini, pihak Instagram sedang mencari jalan penyelesaian untuk mengelakkan lebih ramai pengguna terlibat dalam kes godam akaun ini.

Sumber