Sekiranya anda membuka aplikasi Instagram anda pada hari ini, kami yakin ramai daripada rakan atau akaun yang anda follow telah membuat kolaj 9 gambar dengan hashtag #bestnine2017.

Melalui #bestnine2017, pengguna bukan sahaja dapat melihat gambar manakah yang berjaya mendapat sambutan tertinggi sepanjang tahun ini malah dapat mengetahui jumlah like yang diterima berdasarkan jumlah gambar yang dimuat naik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Anda juga boleh cuba melakukannya dengan mudah. Caranya adalah dengan melawat ke laman web 2017bestnine seterusnya masukkan ID Instagram anda dan kolaj 9 gambar terbaik di Instagram anda sedia untuk dimuat turun. Mudah bukan? Berikut merupakan contoh yang bakal terhasil daripada #bestnine2017 Instagram Vocket.

vocket_full

Oh ya, jangan lupa untuk follow Instagram Vocket untuk melihat gambar-gambar awesome yang boleh dijadikan sumber inspirasi untuk travel, shopping dan makan.

Sumber