Sejak mula aplikasi Instagram ini diperkenalkan, butang like sentiasa menemani aplikasi dalam membuatkan orang ramai teruja untuk menerima jumlah like yang tinggi disamping berkongsi gambar-gambar yang menarik.

Walaubagaimanapun, penawaran fungsi butang like ini secara tidak langsung telah menjadikan aplikasi ini menjadi toksik dengan perlumbaan untuk memungut jumlah like yang tinggi khususnya dikalangan anak muda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Mac Expert Guide

Menerusi pelan terbaru Instagram, aplikasi ini bercadang untuk menutup jumlah like yang diterima pengguna daripada dilihat orang ramai dalam usaha untuk mengajar pengguna untuk memfokuskan kepada gambar dan bukannya like semata-mata.

Setakat ini pelan ini masih lagi dalam fasa percubaan serta Instagram masih jauh untuk melaksanakannya. Pelan ini secara tidak langsung salah satu cara Instagram menangani masalah tekanan sosial yang menjadi mangsa kepada orang ramai.

Perubahan ini pastinya memberi impak yang besar buat aplikasi Instagram dimana orang ramai tidak lagi mengejar like untuk memuat naik gambar. Buat para instafamous dan influencer, pastinya fungsi terbaru ini bakal memberi kesan secara tidak langsung kepada mereka dalam mengukur jumlah like yang diterima.