Fesyen streetwear adalah gaya yang paling mudah untuk disarungkan untuk ke mana-mana. Jenama fesyen mewah juga terpaksa akur dengan trend streetwear dan perlu menghasilkan koleksi yang sesuai untuk digayakan dengan gaya ini.

Jika ianya dijual oleh jenama fesyen mewah, harga setiap produk pastinya sangat mahal. Terutamanya untuk model kolaborasi seperti Supreme x Louis Vuitton dan Nike x Off-White.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Instafamous dan selebriti Malaysia juga tidak terlepas peluang dilihat menggayakan koleksi daripada jenama mewah serta jenama streewear yang sedang panas ketika ini.

Namun, adakah setiap pakaian yang dipakai oleh mereka ini tulen atau sekadar produk ciplak yang dibeli di pasar malam? Laman Instagram Streetwear Busta ini mendedahkan Instafamous dan selebriti tempatan yang menggayakan pakaian tiruan.

https://www.instagram.com/p/Blk9KU7niFX/?taken-by=streetwearbustamy

https://www.instagram.com/p/BlpH6tYn3Yq/?taken-by=streetwearbustamy

https://www.instagram.com/p/BlkC5Q7HE9s/?taken-by=streetwearbustamy

https://www.instagram.com/p/BlnMdgoHjfv/?taken-by=streetwearbustamy

https://www.instagram.com/p/BlmZZT6ncNx/?taken-by=streetwearbustamy

Laman Streetwear Busta bukan sekadar membongkar barangan ciplak yang dipakai selebriti tetapi turut memberi pendedahan artis mana yang menyarungkan pakaian atau kasut yang original. Jadi pendedahan Streetwear Busta ini tidak berat sebelah.

https://www.instagram.com/p/Blkqj-VHawJ/?taken-by=streetwearbustamy

https://www.instagram.com/p/BlkqYEqnxuU/?taken-by=streetwearbustamy

https://www.instagram.com/p/BlkTf3CH93h/?taken-by=streetwearbustamy

https://www.instagram.com/p/BlnzoovHzpr/?taken-by=streetwearbustamy

Jadi selepas ini, Instafamous dan selebriti perlulah lebih berhati-hati kerana ada mata yang memerhati. Jika pemuzik atau orang seni tidak suka karya mereka diciplak atau dikongsi secara haram, begitu juga jenama-jenama ini.

Buat peminat selebriti tempatan dan Instafamous, sekarang anda boleh tahu sama ada selebriti pujaan anda support barangan yang original atau pun tidak. Pastikan ori, baru beli.