Bagi pengguna Instagram, anda kini boleh menikmati ciri terbaharu yang diperkenalkan oleh Instagram bagi memudahkan anda yang memiliki pelbagai akaun Instagram. Regram merupakan ciri terbaharu yang membolehkan anda untuk berkongsi gambar yang ingin dimuat naik ke akaun anda yang lain pada masa yang sama.

Akan tetapi, ciri ini hanya tersedia kepada mereka yang menggunakan iOS dan tidak tersedia kepada pengguna android. Pastinya ciri terbaharu ini akan memberikan satu pengalaman yang lebih baik kepada mereka yang memiliki pelbagai akaun Instagram.

photo_2019-01-10_10-24-39

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.