Instagram telah melancarkan satu platform flagship sosial media tersebut yang hanya memaparkan video dengan durasi panjang iaitu selama hampir satu jam. Aplikasi tersebut sudah tersedia untuk dimuat turun di peranti iOS dan Android.

Screenshot_20180621-101746

Anda boleh log masuk IGTV menggunakan akaun Instagram sedia ada milik anda. Setertusnya anda akan dibawa terus kepada stories terkini milik akaun yang anda ikuti di akaun Instagram anda. IGTV membolehkan anda menonton video berdurasi panjang dengan paparan menegak seperti Insta Stories.

IGTV

Menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Instagram, Kevin Systrom IGTV direka khas untuk pengguna menonton dan memuat naik pelbagai jenis video. Tambahnya lagi pihaknya merancang untuk membenarkan pengguna untuk memuat naik video tanpa had durasi video pada masa hadapan.