Sekiranya anda mengikuti perkembangan teknologi smartphone, pastinya anda cukup tahu dimana kebanyakan smartphone keluaran kini disertakan dengan dwi-kamera untuk memberi efek bokeh. Efek yang mula hadir pada bahagian belakang kamera kini turut disertakan dibahagian hadapan kamera.

Dalam pada itu, fungsi bokeh ini kebanyakannya disertakan pada smartphone flagship dan mid-range. Dalam usaha untuk memberikan peluang buat semua smartphone menggunakan efek ini, Instagram telah mengeluarkan fungsi Focus Portrait Mode khusus untuk penggunaan Instagram Stories.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Aplikasi ini akan memfokuskan pada bahagian wajah serta mengkaburkan bahagian yang lain dalam memberikan efek seakan diambil menggunakan kamera DSLR. Buat anda yang berminat, anda boleh cuba selfie menggunakan fungsi ini di laman Instagram Stories untuk melihat perbezaannya.