Menyampaikan pesanan melalui Instagram kini menjadi lebih mudah selepas ciri terbaharu dihadirkan dalam kemas kini terbaharu aplikasi tersebut. Pengguna akan mendapat peringatan untuk mengemas kini aplikasi secara berperingkat dalam masa terdekat.

Penghantaran mesej suara ini boleh digunakan dalam Instagram Direct. Ciri terbaharu ini sama sahaja seperti penggunaan mesej suara di aplikasi media sosial dan perhubungan yang lain. Pengguna hanya perlu menekan pada ikon mikrofon pada sudut kanan di ruang chat.

Screenshot_20181211-114348_Instagram

20181211_115533

Pesanan suara yang dihantar dan diterima tidak akan hilang dalam masa 24 jam seperti InstaStory tetapi akan kekal sehingga dihapus sama seperti ciri pesanan suara yang digunakan di WhatsApp. Seperti biasa, pengguna disarankan untuk menyemak kemas kini aplikasi terlebih dahulu.