Mula diumumkan sebagai ura-ura, nampaknya kemaskini yang kurang digemari para stalker ini bakal mula ditawarkan buat semua pengguna.

Melalui kemaskini terbaru, pengguna nampaknya perlu lebih berhati-hati ketika melayari Instagram Stories kerana sebarang screenshot yang diambil bakal diketahui pemilik akaun. Alangkah malunya sekiranya pemilik atau crush anda mengetahui mengenai ‘aktiviti’ yang dilakukan anda.

Difahamkan langkah yang dibuat Instagram ini bertujuan bagi menjaga privasi pengguna serta mengelakkan daripada perkongsian pemilik akaun diceroboh. Berikut merupakan contoh notifikasi yang bakal hadir sekiranya terdapat individu yang screenshot Instagram Stories anda.

DVfeil2VoAE8xjf

Instagram turut menunjukkan individu yang screenshot Insta Stories anda.

Buat anda yang belum mendapat kemaskini terbaru daripada Instagram ini, mungkin anda perlu menunggu seketika sebelum ‘fungsi’ terbaru ini ditawarkan secara menyeluruh buat semua pengguna.

Sebelum itu, kami ingin menasihatkan anda untuk berhati-hati dan memesan kepada rakan anda yang sering screenshot Instagram Stories agar ‘aktiviti’ mereka tidak diketahui pemilik akaun.

Sumber