Umum menjangkakan Instagram akan memperkenalkan lebih banyak lagi kemaskini untuk menarik pengguna. Kemaskini terbaharu Instagram kini menyediakan kepelbagaian ‘superzoom’ yang sering menjadi pilihan untuk pengguna di Instastory.

Antara filter superzoom baharu yang yang diperkenalkan ialah ‘Heart’, ‘Oh no! Papparazzi’, ‘Fire’, ‘No’, dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, penggguna setia Instagram pasti sudah mengetahui mengenai pintasan emoji di ruangan komen yang membantu pengguna untuk memberi komen menggunakan emoji dengan lebih cepat.

Seperti biasa, pengguna dikehendaki untuk mengemaskini aplikasi tersebut dahulu sebelum mendapatkan ciri terbaharu.