Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Hari demi hari makin banyak perubahan yang dibawa oleh Instagram dalam memastikan kepuasan pengguna. Terbaharu menurut satu laporan, Instagram sedang menguji penggunaan sticker lirik lagu berserta video pada InstaStory.

Seorang pengguna Twitter yang juga merupakan seorang blogger teknologi, Jane Manchun Wong berkongsi sebuah video yang menunjukkan bagaimana ciri terbaharu tersebut berfungsi. Muzik video lagu Rick Astley, “Never Gonna Give You Up” yang disertakan sekali dengan lirik itu telah dimuatnaik oleh beliau pada bulan lalu.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Setakat ini belum ada negara yang sudah menerima ciri ini. Sebelumnya, Instagram sudah memperkenalkan penggunaan muzik pada latar belakang video atau gambar di InstaStory dan masih belum diterima pada semua negara setakat ini.