Dalam usaha untuk merancakkan lagi fungsi Instagram Stories, Instagram baru-baru ini telah mengeluarkan sebuah lagi fungsi terbaru iaitu ‘Music Stickers’.

Melalui fungsi terbaru ini, para pengguna berpeluang memuat naik muzik secara terus ke Instagram Stories. Difahamkan fungsi terbaru ini disertakan selepas Facebook berjaya menandatangani kontrak bersama Sony dan Warnel Universal dalam menawarkan rangkaian lagu yang pelbagai buat para pengguna.

Melalui penawaran muzik ini kemungkinan besar Instagram bakal menjadi pencabar terbesar aplikasi Musical.ly yang menawarkan fungsi untuk para pengguna lip sync. Fungsi terbaru ini bakal dikeluarkan secara berperingkat buat pengguna Android dan iOS.