Kecoh semalam apabila sejumlah besar pengguna Instagram tidak boleh mengakses platform tersebut malahan ada yang akaunnya telah disekat. Oleh sebab itu, ramai yang  sedang mencuba cari solusi dalam mendapatkan semula akses akaun yang telah disekat.

Menerusi akaun TikTok @deryandreas, beliau telah berkongsi cara untuk mendapatkan semula akaun Instagram yang telah disekat oleh pihak pembangun. Boleh ikuti tutorial di bawah untuk mengetahui secara terperinci dalam mendapatkan semula akaun milik anda. Anda juga perlu menggunakan peranti Android untuk berbuat sedemikian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Cara mendapatkan semula akaun instagram yang telah disekat

1. Pertama sekali, anda perlu pergi pada menu log masuk di Instagram dan klik Dapatkan bantuan untuk log masuk.

Sumber Gambar: TikTok

2. Kemudian, masukkan username pada ruangan yang disediakan dan klik Seterusnya.

akaun instagram
Sumber Gambar: TikTok

3. Seterusnya, anda mesti tekan Perlu bantuan lain.

Sumber Gambar: TikTok

4. Menerusi bahagian ini, anda boleh pilih untuk melakukan pemulihan akaun sama ada menerusi E-mel atau pun nombor telefon dan klik Seterusnya.

Sumber Gambar: TikTok

5. Dapatkan kod pengesahan 6-digit lalu masukkan pada ruangan yang disediakan dan klik Sahkan.

Sumber Gambar: TikTok

6. Selepas itu, klik Try another way untuk log masuk kemudian klik Get support.

Sumber Gambar: TikTok

7. Berikutnya, anda tekan pada pilihan kedua iaitu kod log masuk yang dihantar ke nombor telefon atau e-mel tidak boleh diakses.

Sumber Gambar: TikTok

8. Pada bahagian Request Support, klik Tidak, saya tidak memiliki foto sendiri di akaun peribadi dan masukkan alamat e-mel anda untuk menerima bantuan selanjutnya daripada pihak Instagram.

akaun instagram
Sumber Gambar: TikTok

9. Selepas menerima e-mel maklum balas daripada pihak Instagram. Anda perlu menyediakan maklumat lengkap yang merangkumi sebab tidak boleh log masuk akaun, alamat penuh e-mel, jenis peranti yang digunakan dan username yang digunakan pada akaun yang disekat seperti contoh di bawah.

akaun instagram
Sumber Gambar: TikTok

10. Anda bakal menerima e-mel seterusnya yang meminta untuk mengambil gambar bersama beberapa maklumat peribadi dan juga kod khas untuk mengesahkan identiti anda. Anda perlu menulis kod khas dan maklumat peribadi tersebut pada kertas dan mengambil swafoto lalu dihantar kepada mereka.

akaun instagram
Sumber Gambar: TikTok

11. Akhir sekali, anda bakal menerima e-mel berikutnya bersama pautan tetapan semula untuk menambah kata laluan yang baharu. Klik pada pautan untuk menambah kata laluan baharu. Lalu, anda perlu melog masuk semula dengan kata laluan baharu dan sepatutnya akaun anda sudah berjaya diakses selepas itu.

akaun instagram
Sumber Gambar: TikTok

Setakat ini, pihak Instagram masih berusaha untuk menyelesaikan isu sekatan tersebut secara berperingkat. Jadi, dengan memaklumkan kepada pihak Instagram mungkin dapat memudahkan lagi mereka mengesan masalah sekatan yang berlaku terhadap akaun peribadi anda.

@deryandreas

#deactivated #instagram #login #error

♬ suara asli – Dery Andreas – Dery Andreas

Malah, pihak Instagram sendiri telah mengesahkan bahawa pengguna yang tidak melanggar polisi mereka tidak perlu risau berkenaan masalah sekatan ketika ini. Perkara ini akan berubah namun bakal mengambil masa yang lama. Anda boleh kongsikan artikel ini agar lebih ramai pengguna boleh mendapatkan semula akaun IG masing-masing.

Sumber