Hari ini Ketua Pegawai Eksekutif Instagram, Kevin Systrom telah mengumumkan Instagram bakal menapis komen-komen negatif dari pengguna Instagram yang dikira sebagai satu bentuk aktiviti buli dalam alam siber.

Tambahnya pihak Instagram tidak akan bertolak ansur dengan sikap sebegini yang mendatangkan kesedihan dan menyinggung emosi pengguna Instagram yang lain. Menurutnya lagi tindakan ini diambil demi memastikan Instagram kekal sebagai platform bagi menyalurkan suara positif dari pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sabtu ini pihak Instagram juga akan menganjurkan “Kindess Prom” bagi meraikan individu yang giat dalam menyebarkan positiviti dalam komuniti Instagram dan juga luar media sosial ini. Habislah komen geng pakcik dan makcik bawang yang akan ditapis selepas ini.