Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Mula diperkenalkan sebagai tempat untuk pengguna Instagram berkongsi video dengan durasi yang panjang, fungsi ini ternyata mendapat sambutan daripda orang ramai dan para selebriti.

Bersempena dengan ulang tahun pertama IGTV, Instagram baru-baru ini mengumumkan dimana IGTV sudah mula menyokong video berbentuk landskap. Dalam erti kata lain, para pengguna berpeluang memilih sama ada untuk memuat naik video secara potrait mahupun landskap.

IGTV-Redesign-1

Menurut Instagram, penawaran video berbentuk landskap ini bakal memberi lebih kreativiti buat pengguna dan sangat sesuai buat mereka yang ingin memuat naik video sukan mahupun tarian. Agak menarik untuk menyaksikan bagaiman fungsi ini bakal menarik perhatian orang ramai untuk menggunakan IGTV.