Sekiranya anda sering mengikuti perkembangan aplikasi Instagram, pastinya anda tahu aplikasi ini seringkali mengeluarkan beberapa fungsi terbaru selepas beberapa bulan.

Bermula dengan sususan gambar yang tidak mengikut kronologi sehinggalah kepada fungsi terbaru yang tersedia di Instagram Stories. Pada kali ini, Instagram dikatakan bakal mengeluarkan fungsi yang seakan sama seperti quote tweet di Twitter dimana anda boleh quote gambar yang tersedia di Instagram.

instagram-stories_reshare

Berdasarkan laporan daripada TechCrunch, fungsi ini bakal ditawarkan buat semua pengguna tidak lama lagi dimana para pengguna berpeluang untuk ‘regram’ gambar untuk dibawakan kepada Insta Stories. Bagi melindungi privasi pengguna, Instagram bakal turut menawarkan pilihan untuk mengelakkan daripada gambar anda menjadi bahan ‘regram’ oleh orang lain.

Buat anda yang menggunakan Instagram sebagai platform perniagaan, mungkin fungsi terbaru ini sedikit sebanyak bakal membantu anda dalam membuat penjualan atau promosi.

Sumber