Jika anda ingin memuat naik video yang berdurasi panjang di Instagram, anda harus membahagikan video tersebut kepada beberapa bahagian yang berdurasi seminit. Namun kini Instagram berkira-kira untuk menyokong perkongsian video dengan durasi lebih panjang berbanding sekarang yang hanya membenarkan pengguna untuk memuat naik video selama satu minit sahaja.

Selepas ciri ini diperkenalkan nanti anda boleh tonton perkongsian video selebriti kesayangan anda sampai lebam. Pengguna Instagram pastinya akan meluangkan masa lebih lama di Instagram nanti. Mengikut perancangan awal, Instagram akan menyokong perkongsian video durasi lebih lama ini dengan saiz potrait seperti video di Insta Stories.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ciri ini pastinya akan memudahkan pengguna Instagram yang gemar memuat naik video masakan, menari, menyanyi atau apa sahaja konten tanpa perlu membahagikan video tersebut kepada beberapa bahagian. Mungkin feed kita akan dipenuhi dengan lebih banyak video selepas ini.

Sumber