Pertikaian diantara Facebook bersama laman web penulisan berbayar akhirnya berjaya menemui titik temu. Laman web penulisan berbayar yang sebelum ini tidak dibenarkan menggunakan fungsi instant article kini dibolehkan kembali melalui pengumuman terbaru Facebook.

Pengumuman terbaru ini turut mengesahkan Facebook tidak akan mengambil sebarang keuntungan daripada laman web yang menyediakan akses penulisan berbayar seperti Wall Street Journal dan New York Times. Langkah ini dibuat sebagai cara buat Facebook untuk menghargai karya penulis yang bertungkus lumus menghasilkan konten terbaik buat semua pembaca.

4-video

Dalam pada itu, para pembaca laman web berbayar berpeluang untuk membaca sehingga 10 artikel sebulan sahaja sebelum Facebook mengarahkan untuk melanggan bilamana limit pembacaan telah tercapai.

Langkah yang dibuat ini sekaligus bakal memberi peluang buat banyak lagi laman web di luar sana untuk mula menggunakan fungsi instant article yang tersedia di Facebook sekaligus menguntungkan kedua-dua pihak dari segi capaian.