Intel pada tahun ini menerusi jenama siri Intel Core telah melancarkan proceossor terbaru mereka pada hari ini. Processor yang dilancarkan ini merupakan siri kesembilan buat Intel dan dinamakan sebagai ‘Coffee Lake’.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Melalui pelancaran yang dibuat, Intel menobatkan processor yang ditawarkan melalui model Core i5, i7 dan juga i9 sebagai siri terbaik buat mereka yang mahukan yang terbaik dalam bermain game. Model yang menjadi perhatian sudah pastinya model high-end iaitu Intel Core i9-9900K yang ditawarkan dengan lapan teras dan 16 thread.

Intel-fall-desktop-event

Model terbaru ini hadir dengan kelajuan asas 3.6Ghz namun para pengguna berpeluang overclock sehingga 5.0Ghz bagi meningkatkan prestasi komputer. Selain itu, processor generasi terbaru ini turut menyokong Solder Thermal Interface Material bagi Intel menjanjikan processor akan lebih sejuk berbanding model sebelumnya.

Difahamkan model Intel generasi kesembilan ini sudah mula ditawarkan secara pra-tempah bermula hari ini dan bakal mula dijual 19 Oktober 2018. Harga bagi model permulaan generasi kesembilan iaitu Intel Core i5-9600K adalah $262 (~RM1090) diikuti dengan Intel Core i7-9700K iaitu $374 (~RM1555) manakala model tercanggih iaitu Intel Core i9-9900K ditawarkan pada harga $488 (~RM2030). Harga yang lebih tinggi antara yang dijangkakan apabila mula tiba di Malaysia.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group