Google baharu sahaja mengeluarkan kenyataan bahawa syarikat itu tidak lagi memberikan lesen Android kepada produk telekomunikasi dari China, Huawei. Perkara ini terjadi berikutan tindakan Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat yang menyenaraikan nama syarikat ini dalam Entity List.

Kini laporan terbaharu mendapati beberapa syarikat pengeluar cip terkemuka seperti Qualcomm, Intel, Xilinx dan Broadcom pula mengumumkan penghentian jualan perisian dan cip kepada Huawei.

Namun, buat masa ini kesemua tindakan penghentian jualan peralatan ini mungkin tidak berpanjangan kerana menerusi sebuah laporan media tempatan yang menyebut sekatan ini mungkin akan dilonggarkan demi kebajikan pengguna Huawei sedia ada di Amerika Syarikat.

huaweitrump

Huawei dimasukkan dalam senarai tersebut dengan alasan produk syarikat tersebut mampu menggugat keselamatan negara. Penarikan lesen Android sekaligus telah mengganggu akses dan kemaskini perisian Android termasuk sokongan Google Play Store.