Siapa sangka sebuah syarikat yang memfokuskan kepada berus gigi mampu meraih dana sebanyak $1 juta USD daripada syarikat terkemuka, Intel. Apa yang membuatkan Grush berbeza berbanding syarikat-syarikat berus gigi yang lain adalah teknologi yang digunakan pada berus gigi yang dikeluarkan.

Dengan misi untuk melatih anak-anak kecil minat memberus gigi, Grush memperkenalkan sebuah berus gigi dengan sambungan ke telefon pintar untuk membuatkan aktiviti memberus gigi seolah-olah suatu permainan maya. Buat anda yang mempunyai anak kecil yang tidak gemar memberus gigi mungkin ini solusi terbaik buat anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

grush

Toothy_castles_Small_xm4cdu.0

Menghubungkan telefon pintar dengan berus gigi pintar, sebuah aplikasi daripada Grush bakal memberi dorongan buat kanak-kanak untuk menghilangkan raksasa jahat atau bakteria di sekitar gigi kanak seperti gambar di atas. Kreatif bukan?

Syarikat ini juga mengesahkan kanak-kanak lebih gembira dan berpuas hati menggunakan produk syarikat mereka berbanding berus gigi daripada jenama yang lain. Walaubagaimanapun, harga $59 untuk sebuah berus gigi agak keterlaluan. Lebih-lebih lagi jika sudah mula dijual buat pasaran Malaysia.

Buat ibu-bapa yang mempunyai anak-anak yang tidak berminat untuk memberus gigi, adakah anda sanggup melaburkan wang anda untuk mengdapatkan Grush Smart Toothbrush?

https://www.youtube.com/watch?v=Sk0XvqVouig

Sumber