Nampaknya mendapatkan kelajuan internet yang tinggi tidak tertakluk buat mereka yang berada di Lembah Klang dan kawasan sekitar sahaja selepas ini. Mengetahui betapa pentingnya sambungan internet dengan kelajuan yang tinggi khusus untuk kepelbagaian sektor pekerjaan, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berminat untuk meningkatkan infastruktur internet di Sarawak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan jumlah pelaburan sebanyak RM1 bilion ringgit, dijangkakan Sarawak bakal menjadi antara negeri dengan kelajuan internet tertinggi dengan kelajuan mencapai 2 Tbps. Ya, kelajuan yang sangat laju bersamaan 2,000 Gbps atau 2,000,000 Mbps.

Perlaksaan internet berkelajuan tinggi ini juga diharap dapat melonjakkan ekonomi Rakyat Sarawak seterusnya memberi peluang buat mereka yang berada di kawasan pedalaman untuk mendapat akses yang sama. Dikatakan cadangan dibuat setelah internet 100Mbps di Kuching serta 20Mbps di kawasan pedalaman tidak cukup untuk kegunaan penggunaan masa kini.

Peta Projek Sistem Kabel SKR1M

Difahamkan TM dan Time dotCom antara yang bekerjasama dengan projek sistem kabel SKR1M. Dengan panjang sejauh 3,500km, kabel ini bakal menggabungkan Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak dengan had kelajuan sehingga 4 Tbps. Kos yang menelan belanja sehingga RM2 bilion ringgit ini juga bakal disiapkan dalam jangka masa 5 tahun bermula daripada sekarang. Untung Rakyat Sarawak selepas ini.

Baca lagi: Nokia Berjaya Hasilkan Internet Terlaju Dunia, 1,000 Kali Lebih Laju Berbanding Google Fiber

Sumber