Nampaknya anda bakal dapat menikmati rangkaian 5G yang akan menawarkan internet lebih pantas bermula seawal tahun depan. Hal tersebut diumumkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ini merupakan satu inisiatif yang baik untuk kemudahan para pengguna dan pastinya penawaran teknologi akan meningkatkan produktiviti pengguna itu sendiri. Malah menurut Pengarah SKMM, Al-Ishsal Ishak berkata pihak industri akan mendapat lebih keutamaan berbanding pengguna, tidak seperti teknologi rangkaian 3G dan 4G sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

5g-smartphone-frandroid-c_dsc01002

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini pelaksanaan teknologi itu diberi tumpuan kepada bidang industri seperti zon perdagangan bebas di Pulau Pinang yang menggunakan robotik dalam sektor pembuatan, pertanian, perikanan, pendidikan dan perubatan. Tidak lama lagi pelaksaan teknologi tersebut akan diperluaskan ke seluruh negeri di Malaysia.

Baca lagiMalaysia Bakal Menjadi Antara Negara Terawal Asia Menerima Rangkaian 5G

Sumber