Memori pahit ini pastinya masih segar dalam ingatan ramai rakyat Malaysia dimana misteri kehilangan penerbangan MH370 pada 8 Mac 2014 masih tidak terungkai sehingga ke hari ini.

Selepas 6 tahun, sebuah filem Into Thin Air akan dihasilkan dimana ia berinspirasikan daripada misteri kehilangan pesawat MH370. Filem ini dikhabarkan akan diarahkan oleh Christian Rivers dan skrip ditulis oleh Jonas McCord.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidak pasti bagaimana pendekatan yang akan dibawa oleh Christian Rivers dalam filem ini dan pastinya ramai juga akan berasa teruja untuk melihat hasil filem Into Thin Air ini nanti. Filem ini berkisarkan tentang tragedi itu, dimana menampilkan usaha penyiasat yang memiliki masa lampau yang tragis bekerjasama dengan seorang wartawan muda yang idealistik.

A woman writes a message on a board in Kuala Lumpur
Sumber: Reuters

Kemudian, mereka mendedahkan konspirasi antara lelaki yang memiliki ‘kuasa’ dan seorang juruterbang yang hilang dengan pesawat penuh dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal pada 2014. Pesawat itu hilang selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke destinasinya, Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing.

Difahamkan produksi bersama filem ini adalah Illusion Media Entertainment, K. JAM Media dan Altit Media Group serta dibiayai oleh Avi Nakash. Bagi anda yang tidak tahu, Avi Nakash adalah pemilik Arkia Airlines iaitu syarikat penerbangan kedua terbesar Israel.

Pastinya pembikinan filem ini akan menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dan akan bermain dengan emosi ramai orang. Adakah anda teruja atau tidak setuju akan pembikinan filem ini?

Sebelum ini, tragedi di Gua Tham Luang turut dijadikan sebuah filem. Tidak tahu? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Tonton Trailer Rasmi The Cave, Filem Berdasarkan Tragedi Di Gua Tham Luang

‘913 The Returning’ Filem Seram Berkisahkan Tragedi Feri Karam Di Parit Buntar 1972

5 Filem ‘Hits’ Tentang Wabak Yang Anda Patut Tonton

Sumber