Setelah beberapa teaser yang mengujakan para peminat adidas, NMD edisi terhad INVINCIBLE x NEIGHBORHOOD x adidas NMD R1 kini mempunyai tarikh ianya akan dipasarkan kepada umum.

Kasut ini tersangat unik kerana ianya mengambil inspirasi daripada jaket Sukajan yang popular di Jepun. Logo INVINCIBLE dan NEIGHBORHOOD terpampang pada bahagian lidah dan heel tab dengan tulisan Cina menambahkan lagi keindahan kasut ini. Gambar harimau yang biasa terdapat pada jaket Sukajan juga menghiasi permukaan belakang kasut ini.

Ianya akan dipasarkan kepada umum di butik INVINCIBLE di Taiwan serta secara atas talian pada 24 November depan bersempena Black Friday. Jika anda tidak berjaya untuk mendapatkannya secara atas talian, kasut ini akan diagihkan pula ke butik adidas terpilih di seluruh dunia pada 29 Disember, sebulan kemudian. Kalau anda ada di Taiwan pada 24 November ini, boleh cuba nasib untuk membelinya di butik atau tunggu sahaja jualan di atas talian. Selamat berjaya.

nbhd invi adi1

nbhd invi adi3

nbhd invi adi4

nbhd invi adi5