Ip Man 4 The Finale muncul filem paling laku dalam franchise berkenaan apabila berjaya membuat kutipan RM37 juta ketika ditayangkan di Malaysia Disember lalu. Kutipan Ip Man 4 di seluruh dunia pula adalah sebanyak RM729 juta.

Pengumuman kutipan berkenaan dibuat ketika satu majlis makan tengah hari anjuran syarikat pengedaran filem, Lotus 5 Star yang turut dihadiri producer Ip Man 4, Raymond Wong. Filem lakonan Raymond Wong All’s Well End’s Well yang ditayangkan ketika Tahun Baru Cina yang lalu turut membuat kutipan yang baik di pawagam iaitu sebanyak RM6.2 juta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
All’s Well End’s Well 2020 casts_2
Raymond Chan (Kanan) bersama Adam Pak dan Dada Chan

Pelakon Dada Chan dan Adam Pak antara yang turut hadir ke Malaysia sebagai tanda terima kasih kepada rakyat Malaysia. Mereka turut terkejut apabila filem All’s Well End’s Well mendapat sambutan yang baik dalam kalangan peminat di Malaysia walaupun perlu bersaing dengan filem hebat yang lain.

Syarikat Mandarin Motion Pictures Ltd yang menerbitkan pelbagai filem hebat sepanjang Januari 2019 hingga Januari 2020 menyaksikan mereka (dengan Lotus 5 Star sebagai pengedar) berjaya membuat kutipan melebihi RM59 juta.

Lotus 5 Star berharap kerjasama antara mereka dan Mandarin Motion Picture berterusan supaya dapat membawa masuk lebih banyak karya hebat dari Hong Kong untuk tontonan peminat di Malaysia.

Donald Trump tidak gembira apabila filem dari Korea Selatan, Parasite diangkat untuk memenangi kategori Filem Terbaik di anugerah Oscar. Baca lagi tentangnya di sini.

Donald Trump Kecewa Parasite Menang Filem Terbaik Di Anugerah Oscar

Lelaki Melayu Ini Antara ‘Pewaris’ Ip Man Untuk Seni Wing Chun Di Dunia

Lihat Naim Daniel Secara Matang Bercerita Kisah Sebenar Di Sebalik Sumpah