Umum tahu telefon pintar masa kini khususnya jenis flagship seringkali hadir dengan fungsi kalis air IP68 membuatkan sesebuah telefon pintar dapat digunakan ketika di dalam air untuk tempoh yang singkat.

Walau bagaimanapun, tidak ramai yang menyangka sesebuah telefon pintar masih mampu berfungsi meskipun sudah dua bulan terendam di dalam tasik.

Ecoworld-Cover-Image
HYPE
Dari Mata Turun Ke Hati, Ini Detik Percintaan Romantis Dua Pasangan Merpati Sejoli
Baca lagi →
Screenshot 2020-03-02 at 11.54.41 AM

Keluarga Lisa dan Jacob. Sumber: Mac Rumors.

Situasi yang berlaku buat keluarga Lisa dan Jacob ini sekaligus berjaya menarik perhatian ramai selepas iPhone 11 mereka ditemui masih berfungsi selepas dua bulan terendam di dalam tasik di Disney World.

Berdasarkan perkongsian, iPhone 11 keluarga ini secara tidak sengaja terjatuh ke dalam tasik Seven Seas Lagoon di Disney World Florida. ‘Kehilangan’ iPhone 11 ini secara tidak langsung membuatkan keluarga ini berasa sedih memandangkan iPhone ini digunakan untuk mengambil dan menyimpan segala gambar kenangan mereka sepanjang di Disney World.

34723-62889-60C03871-B953-4A89-864B-F83B1629465D-l (1)

iPhone 11 yang ditemui. Sumber: Mac Rumors

Siapa sangka, pasukan Disney World berjaya menemui semula iPhone 11 keluarga ini di dasar tasik dua bulan selepas insiden berlaku. Lebih mengejutkan, iPhone 11 ini dilaporkan masih mampu dihidupkan dan berfungsi dengan baik sekaligus membolehkan keluarga ini mendapatkan semula iPhone 11 mereka.

Untuk pengetahuan, iPhone 11 cuma dilengkapi dengan sokongan kalis air IP68 yang mampu bertahan selama 30 minit namun insiden yang berlaku ini jelas menunjukkan iPhone 11 lebih tahan berbanding apa yang dikongsikan pihak Apple.

Tonton juga kehebatan kualiti video Apple iPhone 11 Pro dalam rakaman 4K. Turut dikongsikan ketahanan iPhone 11 Pro dalam ujian hentakan yang ganas ini.

Tonton Kehebatan Kualiti Video Apple iPhone 11 Pro Dalam Rakaman 4K

Lihat Ketahanan iPhone 11 Pro Dalam Ujian Hentakan Yang ‘Brutal’ Ini

Anda Mungkin Suka