Lapan tahun selepas pemergian Steve Jobs, kebanyakan peminat Apple serta para pekerja Apple seolah masih menagih khidmatnya. Menawarkan produk yang penuh inovasi serta disukai semasa era beliau antara yang membuatkan jenama ini gah sehingga kini.

Terbaru, mengetahui peminat Steve Jobs yang masih ramai, syarikat Caviar tampil dengan sebuah model yang menggabungkan iPhone terbaru bersama watak ikonik Apple iaitu Steve Jobs dengan menyertakan cebisan baju Steve Jobs pada iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Screen Shot 2019-10-17 at 1.14.35 PM
Sumber: Caviar
caviar_11pro_superior_jobs__photo2
Sumber: Caviar

Dinamakan sebagai iPhone 11 Pro Superior Jobs, model edisi terhad ini dihasilkan khas buat peminat Steve Jobs yang mahu mendapatkan iPhone terbaru. Lebih ikonik, model ini turut hadir dengan rekaan dwi-tona seakan iPhone generasi pertama beserta tandatangan Steve Jobs yang diukir.

Apple iPhone 11 Pro Superior Jobs keluaran Caviar ini sedia dimiliki dengan harga bermula daripada $6,280 (RM26,298) manakala model 11 Pro Max ditawarkan pada harga $6,740 (RM28,224). Anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya.

Sebelum mendapatkan Apple iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max, ketahui lebih lanjut mengenai produk terbaru Apple ini. Klik pautan di bawah untuk membacanya.

Segalanya Anda Perlu Tahu Mengenai iPhone 11, 11 Pro Dan 11 Pro Max

Tonton Kehebatan Kualiti Video Apple iPhone 11 Pro Dalam Rakaman 4K

5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11

Sumber