Sudah menjadi kebiasaan apabila membincangkan mengenai telefon pintar dengan kamera terbaik, pastinya iPhone antara yang disebutkan serta menjadi pilihan.

Namun lain ceritanya dengan keputusan yang ditampilkan DxOMark selaku firma yang menguji serta memberi pemarkahan buat kualiti kamera telefon pintar. Menerusi senarai terbaru yang dikeluarkan, iPhone 11 Pro Max yang hadir dengan harga premium sekadar berada di tempat ke-11 dalam senarai.

DxOMark-2020-664×1024

Carta DxOMark pada kali ini nampaknya didominasi oleh telefon pintar keluaran China dan Korea seperti Huawei, Honor, Xiaomi, Oppo dan Samsung. Huawei P40 Pro yang dilancarkan sekitar Mac lalu nampaknya mendominasi carta ini dengan menawarkan kualiti kamera terbaik bagi kamera belakang mahupun hadapan.

Keputusan yang ditampilkan agak mengejutkan melihatkan kualiti kamera iPhone 11 Pro Max yang sememangnya terbaik. Tidak dilupakan juga hadir dengan harga permulaan RM5,299 serta lebih mahal berbanding para pesaing. Sama-sama kita nantikan kemunculan iPhone 12 Pro Max yang dijangka bakal menawarkan kualiti kamera terbaik pada penghujung tahun ini.

Menerusi keluaran iPhone terbaru pada tahun ini, iPhone 12 Pro dijangka bakal hadir dengan tanda harga yang sama seperti tahun iPhone 11 Pro. Turut dikongsikan, rekaan iPhone 12 Pro yang diberi kemas kini pada bahagian kamera.

Harga Apple iPhone 12 Pro Dijangka Bermula Daripada RM4,899

Ini Mungkin Rekaan Apple iPhone 12 Pro Max Yang Bakal Dilancarkan November Ini