Setakat ini, para peminat tempatan sudah boleh mendapatkan model iPhone 14, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max menerusi laman rasmi Apple mahu pun pengedar sah Apple di Malaysia. Kini tiba pula giliran model iPhone 14 Plus memasuki pasaran Malaysia.

Sumber Gambar: Apple

iPhone 14 Plus ini masih mempunyai spesifikasi yang sama seperti yang terdapat pada iPhone 14 biasa tetapi dengan penawaran skrin yang lebih besar. Selain mempunyai skrin Super Retina XDR 6.7-inci, bateri yang disertakan jauh lebih baik di mana mampu memainkan video sehingga 20 jam lamanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: YouTube

Antara ciri lain yang ditawarkan seperti penggunaan cip Apple A15 Bionic yang dipertingkatkan lima kali ganda lima pantas, ciri pengesan kemalangan, panggilan kecemasan menerusi satelit dan banyak lagi.

Buat anda yang beminat dengan iPhone 14 Plus, kini boleh membuat pembelian dengan harga bermula RM4,699 di laman rasmi Apple atau pun kedai pengedar rasmi serta syarikat telekomunikasi yang berdekatan anda.

Sumber