Untuk pengguna biasa, kita akan mendapatkan iPhone yang ditawarkan secara rasmi oleh Apple. Lain pula dengan golongan kaya, mereka semestinya mahukan iPhone yang tampak lebih mewah dan unik daripada yang biasa.

Caviar selaku pengeluar aksesori mewah dan telefon pintar, kini memperkenalkan koleksi khas menerusi barisan Grand Complications untuk segemen iPhone 14 Pro. Apa yang menarik pada kali ini adalah pihak Caviar telah menggabungkan jam Rolex mewah, Cosmography Daytona pada badan iPhone 14 Pro Max.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Hypebeast

Dengan tanda harga mencapai RM621,846, kedua-dua model ini menampilkan dengan kronografi mekanikal yang rumit dengan seni yang teliti. Selain dibina bersama jam Rolex mewah, terdapat sensor hiasan yang diambil daripada panel kawalan kereta lumba sebenar dan diimplan ke dalam panel belakangnya.

Tersedia dengan dua pilihan iaitu Daytona dan Skeleton Booster yang memang direka khas buat peminat sejarah sukan permotoran profesional dan juga horologi.

caviar
Sumber Gambar: Hypebeast

Buat versi Daytona, ia menampilkan elemen reka bentuk yang terdapat pada kereta lumba 1930 dengan wujudnya speedometer dan suis yang disaluti emas. Malah, Caviar mahu membawakan imej seperti dashboard kereta mewah dengan gabungan jam Rolex edisi terhad bersamanya.

Sumber Gambar: Hypebeast

Anda boleh dapatkan koleksi ‘Grand Complications’ Skeleton Booster iPhone 14 Pro 128GB ditawarkan dengan harga $10,320 (~RM47,791.92) sementara versi yang lebih mewah iaitu Daytona iPhone 14 Pro Max 1TB sedia dijual pada harga $134,250 (~RM621,846).

Model Daytona hanya ditawarkan seunit sahaja sementara Skeleton Booster pula ditawarkan dalam kuantiti 99 unit sahaja di dunia.

Sumber