Khabar angin berkenaan iPhone 15 sudah semakin rancak dikongsikan di internet. Ramai yang sudah tidak sabar dengan pengenalan siri iPhone 15 yang dijangkakan jauh lebih canggih termasuklah penggunaan cip A17 serta sensor Sony 48-megapixel  yang lebih baik menerusinya.

Terbaharu, Foxconn dilaporkan telah menerima arahan untuk memulakan percubaan mesin baharu untuk iPhone 15 dan pengenalan produk baharu (NPI) untuk peranti tersebut. Dengan ini, iPhone 15 kini sudah memasuki peringkat ujian pembangunan awal oleh syarikat pengeluar China itu.

Baca Juga:

Sumber Gambar: 9to5mac

Fasa awal ini perlu diambil dalam mengenal pasti sebarang isu dengan rancangan proses pengeluaran serta mengenal pasti peluang untuk penghalusan dan penyelarasan proses. Maksudnya, proses pengeluaran mula dirancang berdasarkan produk akhir.

Matlamat utama pengeluaran NPI adalah untuk memastikan semua yang terlibat dalam proses berfungsi seperti yang diharapkan dan mengesan sebarang kemungkinan masalah yang timbul apabila pengeluaran dalam skala besar kelak.

Seperti yang kita sedia maklum, Apple dijangka melancarkan siri iPhone 15 pada September 2023. Barisan iPhone 15 ini dijangka menampilkan empat model termasuk iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Ultra.

Malah, Apple mahu mendekatkan jurang pengeluaran iPhone antara negara China dan India supaya boleh memenuhi permintaan global dengan stok yang mencukupi pada tahun ini. Seperti kita sedia maklum, siri iPhone 14 mengalami isu stok yang tidak mencukupi sehingga menjejaskan prestasi penjualan Apple tahun lepas.