Belum reda lagi kehangatan siri iPhone 14 yang dilihat menerima penjualan yang cukup rancak di serata dunia. Kini sudah timbul ura-ura tentang iPhone 15 pula yang mana sudah dikongsikan oleh penganalisa terkemuka di luar sana.

Menerusi penganalisis terkenal Ming-Chi Kuo, beliau menjangkakan dua model iPhone 15 varian Pro barangkali menggunakan butang laras suaradari jenissolid-statemenggantikan butang mekanikal yang sedia ada pada iPhone hari ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Hardwarezone

Butang solid-state ini tidak mempunyai sebarang pergerakan apabila ditekan seperti punat biasa. Jadi, apabila ditekan, yang memberikan rasa “ditekan” itu bukan dari butang tersebut.

Sebaliknya, pengguna akan berasa kesan haptiknya melalui tiga enjin taptik yang diletakkan sebelah kiri dan kanan di dalam tubuh peranti. Jadi, jumlah keseluruhan enjin taptik yang terbina pada iPhone 15 kelak adalah tiga dengan harapan ia boleh memberikan kesan yang lebih natural apabila ditekan kelak.

Malah, implementasi ini bukan suatu yang baharu kerana sudah pernah ditawarkan menerusi model iPhone 7, iPhone 8, iPhone SE 2 dan iPhone SE 3. Bukan itu saja, Ming juga menjangka telefon-telefon kelas andalan Android bakal mengikuti langkah yang sama kelak.